Sistem Tempahan Dewan untuk PBT: Kutipan, Kelulusan dan Rekod Audit
Bagi pihak berkuasa tempatan, dewan bukan sekadar kemudahan awam — ia punca hasil, dan setiap ringgit kutipannya perlu boleh diaudit.
Keperluan PBT berbeza daripada perniagaan biasa
Tiga perkara membezakan tempahan dewan di majlis daerah, perbandaran atau bandaraya:
- Wang awam. Kutipan mesti masuk terus ke akaun majlis, dengan resit rasmi bernombor urutan. Sistem yang mengambil komisen atau menahan wang dalam akaun pihak ketiga menimbulkan soalan yang tidak perlu.
- Kelulusan berperingkat. Permohonan mungkin perlu melalui penolong pegawai sebelum pegawai yang meluluskan. Setiap keputusan — siapa, bila, dan sebabnya — perlu direkodkan.
- Kadar berbeza mengikut pemohon. Penduduk tempatan, badan kerajaan dan syarikat swasta selalunya membayar kadar berbeza, dan pengecualian perlu konsisten, bukan ikut budi bicara di kaunter.
Bagaimana sistem tempahan memenuhi keperluan ini
Kutipan. Laksana Tempahan menyambungkan gateway pembayaran majlis sendiri — CHIP, Billplz, Stripe atau Airwallex — supaya bayaran online masuk terus ke akaun majlis, tanpa caj transaksi daripada Laksana. Bayaran kaunter dan pindahan bank turut direkod dalam sistem yang sama, jadi laporan kutipan bulanan meliputi semua saluran.
Kelulusan. Rantaian kelulusan boleh ditetapkan lebih daripada satu peringkat. Jika dua permohonan bertindih pada slot yang sama, kelulusan satu akan menolak yang satu lagi secara automatik — dengan notis kepada pemohon, bukan senyap.
Surat dan resit. Surat kelulusan rasmi dan resit dijana automatik dengan kepala surat majlis. Nombor rujukan berurutan, tanpa jurang — perkara pertama yang juruaudit semak.
Jejak audit. Setiap perubahan status tempahan direkodkan: siapa meluluskan, siapa membatalkan, bila deposit dipulangkan dan atas sebab apa.
Di domain majlis sendiri
Portal tempahan boleh berjalan di subdomain majlis (contohnya majlisanda.laksana.app) atau, pada pelan Advanced ke atas, di domain majlis sendiri — supaya penduduk menempah di alamat web yang mereka kenal dan percayai.
Selepas majlis: penyelenggaraan dalam sistem yang sama
Laksana bermula sebagai sistem operasi fasiliti — aduan, pemeriksaan dan arahan kerja. Selepas setiap majlis, arahan kerja pembersihan dijana secara automatik untuk pasukan penyelenggaraan. Dewan yang ditutup untuk baik pulih menutup kalendarnya sendiri, jadi tiada tempahan diterima untuk dewan yang sedang diselenggara.
Lihat halaman penuh: penyelesaian untuk kerajaan tempatan dan PBT. Baca juga: cara tempah dewan online dan pengurusan deposit dan resit.
Ready to upgrade your operations?
See why leading facility management teams are switching to Laksana AI.
Book a demo Start Free